Ikuti Kami:

Ok Taecyeon & Kim Hyeyoon Sah Terajui Drama Bersejarah Komedi ‘Tale Of Secret Royal Inspector And Joy’

Ok Taecyeon & Kim Hyeyoon Sah Terajui Drama Bersejarah Komedi ‘Tale Of Secret Royal Inspector And Joy’

Selepas hanya khabar angin yang berterbangan, akhirnya drama “Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi” telah pun berkongsi barisan pelakon utamanya.

Drama bersejarah genre komedi ini membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan rasuah bersama seorang janda yang mempunyai kepercayaan yang ke depan berbanding waktunya.

Ok Taec-yeon bertanggungjawab membawa watak Ra Yi-eon (Ryan) iaitu pegawai termuda dalam organisasi tersebut selepas menduduki tempat pertama dalam peperiksaan kebangsaan. Dia merupakan seorang lelaki yang memiliki sepasang mata yang menawan namun tidak mempunyai impian mahupun keinginan untuk masa hadapan.

tale of secret royal inspector and joy

Kim Hye-yoon pula akan melakonkan watak Kim Jo-yi iaitu seorang wanita yang kuat dan lantang pada zaman konservatif di abad ke-17. Wanita itu merupakan seorang yang sangat realistik dan lebih matang daripada zamannya di mana dia berpendirian, ‘penceraian boleh berlaku dalam kehidupan’. Pada zaman wanita langsung tidak mampu bermimpi untuk mengawal dirinya sendiri, Jo-yi digamabrkan sebagai seorang yang kuat melawan kes penceraiannya bagi membuka lembaran hidup yang baru.

Tak pernah terbayang pun mengenai gandingan ini, tapi macam okay je kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...