Ikuti Kami:

OCN Sah Musim Kedua ‘The Uncanny Counter’ Sedang Dalam Perancangan

OCN Sah Musim Kedua ‘The Uncanny Counter’ Sedang Dalam Perancangan

Banyak juga drama yang mula bercambah dan menggunakan format bermusim sekarang ini. Salah satunya ialah drama popular “The Penthouse” yang disahkan bakal menemui penonton hingga musim ketiga.

Baru-baru ini, OCN pula mengesahkan bahawa drama fantasi “The Uncanny Counter” juga bakal direncanakan sebagai siri bermusim,

Kami sedang menyediakan format bermusim untuk drama ‘The Uncanny Counter’. Namun tiada maklumat lanjut lagi ditetapkan mengenainya.

episod awal the uncanny counter

Kalau anda nak tahu, drama ini mengisahkan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

Boleh tahan hebat kepopularitian “The Uncanny Counter” kerana ianya berjaya memegang takhta sebagai drama dengan rating tertinggi dalam sejarah OCN kini. Dahsyat!

Anda teruja tak dengan ianya bakal ada musim baru?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...