3 tahun selepas “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK akan kembali terajui drama baru iaitu “Newtopia” bergandingan bersama Park Jung-min.
Untuk pengetahun, “Newtopia” akan mengisahkan tentang seorang askar dan teman wanitanya, yang berlari mencari satu sama lain ketika dunia ditakluki zombi.
Terbaru pada 7 Januari, Coupang Play telah mengeluarkan video trailer untuk drama tersebut, membuatkan ramai tertarik dengan unsur percintaan dan komedi yang diselitkan dalam siri zombi itu.
Bagaimanapun menerusi laman komuniti dalam talian, lakonan Ji-soo nampaknya telah menerima reaksi pra-kontra dari netizen dengan ada segelintir yang mengkritiknya kerana mempunyai ekspresi yang tak ‘natural’.
Antara komen yang ditulis,
- Jadi penyanyi je lah..
- Dia patut betulkan sebutannya ketika berlakon dahulu.
- Ni kan baru trailer, janganlah terus judge.
- Dia tak patut dapat watak utama hanya kerana dia popular.
- Saya rasa dia sesuai berlakon dalam genre komedi.
- Ekspresinya nampak kaku.