Ikuti Kami:

“No Komen” – Agensi Respons Lepas Chaeyoung TWICE Dikatakan Bercinta Dengan Pelukis Tatu Bermasalah

“No Komen” – Agensi Respons Lepas Chaeyoung TWICE Dikatakan Bercinta Dengan Pelukis Tatu Bermasalah

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba ahli kumpulan TWICE iaitu Chae-young telah terpalit dengan gosip cinta bersama dengan seorang pelukis tatu.

Kisah ini bermula apabila seorang netizen memuat naik entri di sebuah laman komuniti di mana kedua mereka dilihat membeli-belah secara terangan di sebuah pasar raya. Netizen menunding jari dan mengatakan bahawa wanita di dalam gambar itu memakai topi yang sama dengan topi yang pernah ditayangkan oleh Chae-young dalam sebuah rancangan hiburan sebelum ini.

chaeyoung twice bercinta pencacah tatu

Lelaki itu yang lebih tua daripada idola itu sebanyak 9 tahun dan merupakan seorang pencacah tatu popular. Meskipun bercinta adalah sesuatu yang normal tetapi ramai yang mempersoalkan kenapa Chae young mahu memilih lelaki seperti itu memandangkan kontroversi yang sering dicetuskan sebelum ini.

Menurut netizen, lelaki itu sering melukis gambar lucah di Instagramnya selain sering menggunakan kata-kata kasar terhadap netizen. Kadang-kadang, dia dikhabarkan akan mencarut terhadap netizen menerusi mesej terus (DM) di media sosial tersebut.

chaeyoung twice bercinta pencacah tatu

Kata salah seorang peminat,

Tiada masalah Chae-young mahu bercinta, yang jadi masalah ialah lelaki yang bersamanya.

Selain itu, netizen juga dapat mengesan cincin yang disarungkan oleh kedua mereka adalah sama dan kelihat seperti ‘couple ring’. Sekaligus menguatkan lagi dakwaan itu.

chaeyoung twice bercinta pencacah tatu

Selepas khabar angin ini berterbangan di seluruh laman komuniti dan portal berita, agensi naungan TWICE iaitu JYP Entertainment mengeluarkan kenyataan mereka,

Kami tidak mempunyai sebarang kenyataan khas untuk isu ini.

Mungkin menjadi perhatian netizen, pencacah tatu itu nampaknya telah memadam akaun Instagramnya kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...