Ikuti Kami:

No 1 Di Netflix Global Kini, ‘The Glory’ Terpalit Kontroversi Plagiat

No 1 Di Netflix Global Kini, ‘The Glory’ Terpalit Kontroversi Plagiat

Sepertinya api populariti “The Glory” masih belum lagi padam meskipun sudah hampir dua minggu bahagian pertama menyapa penonton di Netflix.

Kenapa agaknya “The Glory” popular? Mungkin kerana ia memaparkan tema berat iaitu ‘keganasan di sekolah’. Walaupun ia adalah subjek yang sering diungkap media namun tahap keganasan dan ayat realistik lebih senang dipaparkan dalam bentuk drama.

Terbukti popular di peringkat global kini, drama lakonan Song Hye-kyo itu secara tiba-tiba terpalit kontroversi plagiat kini.

kim hieora the glory

Dalam “The Glory”, watak utamanya mengimpikan kerjaya sebagai arkitek namun terpaksa berhenti sekolah keraja teruk dibuli. Mangsa itu kemudiannya menantikan pembulinya berkahwin dan mempunyai anak sebelum memulakan pelan membalas dendam dengan menjadi guru kelas anaknya itu.

Selepas melihatkan plot ini, seorang individu memuat naik entri di laman komuniti dengan tajuk ‘Saya menjumpai manga Jepun dengan kandungan sama ditulis Kim Eun-sook’. Tajuk manga itu ialah,

Adakah orang yang membuli saya jahat atau saya yang jahat kerana dibuli?

the glory plagiat

Konteks manga itu ialah teraju utama dibuli semasa kecil dan dia dan pembulinya kembali bertemu pada masa hadapan. Pembuli yang sudah mempunyai isteri dan anak itu tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa pertemuan semula mereka malah membuat tidak endah terhadap mangsa. Rupanya mangsa itu kini menjadi guru kelas anak pelaku tersebut dan pelbagai perkara pelik dilalui anak perempuan itu sepanjang dia di sekolah.

Komen netizen,

Adakah hanya beberapa ayat yang sama, ianya dianggap sebagai plagiat?

 

Bukankah biasa plot mangsa membalas dendam terhadap pembuli?

 

Agak memaksa tuduhan ini..

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...