Ikuti Kami:

No 1 Di 76 Negara, ‘Squid Game’ Mungkin Jadi Siri Bukan Bahasa Inggeris Paling Popular Di Netflix

No 1 Di 76 Negara, ‘Squid Game’ Mungkin Jadi Siri Bukan Bahasa Inggeris Paling Popular Di Netflix

“Squid Game” nampaknya terus mengganas di persada antarabangsa apabila mengekalkan jumlah trending yang banyak di pelbagai negara.

Kekal No. 1 di ranking program TV popular di Netflix Global selama 5 hari, ianya juga menunjukkan prestasi yang hebat apabila menduduki tangga teratas dalam ranking Netflix di 76 negara. Wow!

Malah Co-CEO dan ketua pegawai kandungan Netflix turut mendedahkan bahawa “Squid Game” mungkin ialah siri laman penstriman itu yang paling popular sepanjang masa.

9 hari sudah berlalu sejak ia diriliskan, ‘Squid Game’ boleh dikatakan bakal menjadi drama bukan bahasa Inggeris yang paling berjaya di Netflix setakat ini.

jung hoyeon

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...