Ikuti Kami:

No 1 Dalam Slot Tayangan, ‘The Red Sleeve’ Lepasi Rating 10% Buat Pertama Kali

No 1 Dalam Slot Tayangan, ‘The Red Sleeve’ Lepasi Rating 10% Buat Pertama Kali

Tipulah kalau ada yang cakap mereka tidak pernah mendengar mengenai drama bersejarah “The Red Sleeve”. Boleh dikatakan ia adalah antara drama ter’hot’ kini!

Sudah memasuki 7 episod, drama lakonan Lee Jun-ho (2PM) dan Lee Se-young ini berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila ia berjaya melepasi garisan rating dua digit baru-baru ini dengan catatan 10.7%. Bukan itu sahaja, ia merupakan rekod terbaik buat drama itu setakat ini selain kekal No 1 untuk slot tayangan berkenaan.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru ini, Yi San (Lee Jun-ho) yang sudah semakin sayangkan Sung Deok-im (Lee Se-young) telah meluahkan perasaannya pada wanita itu. Namun pengakuan itu ditolak memandangkan wanita itu mahu meneruskan kehidupannya sebagai pengiring istana dan bukannya gundik kepada raja itu. Disebabkan oleh kekecewaan lelaki tersebut, penonton turut berduka bersamanya.

mbc the red sleeve

Untuk pengetahuan, drama ini berdasarkan novel, mengenai rekod hubungan romantik di antara pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta.

Mantap “The Red Sleeve”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...