Ikuti Kami:

Nichkhun 2PM Menangi Anugerah ‘Asian Idol Of The Year’ Di China

Nichkhun 2PM Menangi Anugerah ‘Asian Idol Of The Year’ Di China

Nichkhun 2PM telah memenangi anugerah bagi kategori ‘Asian Idol of The Year’ di “2021 IFENG FASHION CHOICE”!

“2021 IFENG FASHION CHOICE” ialah majlis anugerah tahunan yang dihoskan oleh platform media portal terkemuka China IFENG, di mana selebriti terkenal, pekerja industri fesyen dan jenama dijemput.

Nichkhun telah muncul dalam program hiburan popular China “Shine! Super Brothers 2“, yang pertama kali disiarkan pada November 2021. Sebagai seorang lelaki yang mempunyai fizikal hebat, kecantikan dan juga daya tarikan, dia membawa keseronokan kepada penonton yang menonton rancangan itu.

Selain itu, Nichkhun juga telah menunjukkan prestasi hebat pada tahun lepas, meningkatkan jangkaan untuk aktiviti tahun ini. Pada bulan Mac, dia muncul sebagai cameo dalam drama tvN “Vincenzo” dan mempersembahkan keseronokan dengan ekspresi muka semula jadi. Pada bulan Jun, dia telah kembali dengan visual dan auranya yang tidak berubah, melalui album penuh ke-7 2PM “MUST”. Kemudian, pada bulan September, album mini 2PM “WITH ME AGAIN” dan lagu tajuknya dengan nama yang sama, dikeluarkan secara rasmi di Jepun.

Nichkhun idol of the year china

Terus aktif di dalam dan luar negara, Nichkhun sekali lagi telah mengesahkan populariti dan pengaruhnya yang teguh.

Tahniah Nichkhun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...