Ikuti Kami:

“Ni Ke Hasil RM72 Juta?” – Penonton Kecewa Lihat Efek Grafik Dalam Episod Terbaru ‘Sisyphus: The Myth’

“Ni Ke Hasil RM72 Juta?” – Penonton Kecewa Lihat Efek Grafik Dalam Episod Terbaru ‘Sisyphus: The Myth’

“Sisyphus: The Myth” nyata berjaya mencuri perhatian peminat K-Drama sejak daripada awal tayangannya lagi. Lagi pula, ianya turut duduk selesa dalam ranking program TV popular di Netflix kini.

Dipuji kerana sinematografi yang memukau, namun penonton dikatakan mengeluh apabila melihat efek grafik yang ditonjolkan dalam episod yang ditayangkan kelmarin.

[Amaran SPOILER]

Dalam babak tersebut, Kang Seo-hae (Park Shin-hye) dilihat menyelamatkan Han Tae-seul (Cho Seung-woo) yang menjadi buruan penjahat. Demi menyelamatkannya, lelaki itu perlu mengharungi pelbagai halangan seperti dikejar polis sambil diserang individu misteri.

penonton kritik efek grafik sisyphus: the myth penonton kritik efek grafik sisyphus: the myth penonton kritik efek grafik sisyphus: the myth

Walaubagaimanapun, babak di mana Kang Seo-hae memeluk Han Tae-seul dan melompat daripada bangunan tinggi ke tanah menggunakan tali nyata membuatkan penonton garu kepala. Adu mereka, efek grafik yang ditonjolkan nampak tidak kemas dan kelihatan amatur.

Terkejut tengok CG sampai meremang bulu roma saya..

 

Apa jadi dengan kos produksi? Kenapa CG dia macam itu…

 

Peliknya CG. Kesian dua pelakon ini..

 

Mana kos produksi yang 20 bilion (RM72.8 juta) tu?

 

Bandingkan dengan mutu lakonan pelakon, nampak murah betul CG ini.

Apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...