Ikuti Kami:

“Ni Gangster Anyang, Silap Cari Pasal Dengan Saya” – Kes Steroid, Kim Jongkook Diusik Ahli ‘Running Man’

“Ni Gangster Anyang, Silap Cari Pasal Dengan Saya” – Kes Steroid, Kim Jongkook Diusik Ahli ‘Running Man’

Ingat tak seorang YouTuber dari Kanada yang mendakwa Kim Jong-kook menggunakan steroid untuk membina badannya? Nampaknya dia akan menerima balasan yang tak dijangka selepas ini.

Menerusi episod “Running Man” terbaru ini, ahli lain mula mengusik Kim Jong-kook mengenai hal tersebut. Ujar Yang Se-chan,

Kenapa selebriti kena buat ujian doping?

Jelas Kim Jong-kook,

Selalunya orang akan ketepikan sahaja dan buat tak tahu tuduhan seperti itu, namun kalian tahu kan. Saya akan tunjukkan ‘perangai’ Anyang saya.

kim jongkook greg doucette

Yoo Jae-suk menambah bahawa Greg Doucette mungkin membuat dakwaan sedemikian kerana tidak mengenali Kim Jong-kook.

Jawab Kim Jong-kook,

Dia cari pasal dengan orang yang salah.

Walaupun sudah melawa dengan mengambil 391 ujian doping, YouTuber berkenaan terus mendakwa bahawa penyanyi itu mengambil steroid sebagai bantuan. Disebabkan itu, Kim Jong-kook memilih tindakan drastik untuk mengambil tindakan undang-undang.

Saya menggunakan undang-undang berbanding tangan saya. Mereka katakan yang ujian doping saya mungkin tertangguh. Apabila keputusannya keluar, saya akan berkongsi video kesahihan dan kembali memuat naik pelbagai kandungan positif lagi. Namun begitu, saya seorang selebriti. Selama 27 tahun dalam dunia hiburan, saya rasakan tugas terbesar saya ialah menyampaikan kebahagiaan dan keseronokan buat orang ramai. Saya sangkakan komen buruk dan cakap belakang merupakan sebahagian dari katarsis untuk tugas selebriti, namun selepas melaluinya, saya merasakan ia melampau.

Tambah Kim Jong-kook,

Saya mahu memberitahu jika awak sebar khabar angin, menulis komen buruk, atau pun sebagainya, anda sendiri akan merasai balasannya.

kim jongkook greg doucette

Buat Greg Doucette,

Sekurangnya, saya mahu berikan peluang untuk memohon maaf sebagai manusia dan lelaki, jadi saya boleh terimanya secara berhemah. Tak kisah dia mohon maaf ataupun tidak, saya akan tutup semuanya selepas keputusan itu keluar. Kali ini, saya akan ambil tindakan.

Selepas pengumuman itu, YouTuber berkenaan telah memadam kesemua video berkaitan Kim Jong-kook.

Nasiblah, siapa suruh buat masalah dengan Kim Jong-kook.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...