Rancangan hiburan “Running Man” memang tak pernah gagal daripada menghiburkan peminat saban minggu. Setiap ahli rancangan itu mempunyai personaliti yang unik sehingga setiap peminat merasakan kerana perbezaan inilah, mereka mampu bertahan sehingga 10 tahun bersama.
Walaupun bukan yang paling tua, pengacara Yoo Jaesuk dianggap sebagai ketua yang mengemudi dan melancarkan lagi perjalanan rancangan ini pada setiap episod. Sudah menginjak usia 47 tahun, namun hal itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berkelakuan ‘nakal’ dan sentiasa ada sahaja akal untuk mengusik ahli yang lain serta staf “Running Man” juga.
Terbaru, Yoo Jaesuk telah menghiburkan penonton apabila dia telah ‘mengambil’ beberapa alatan mainan yang digunakan semasa salah satu permainan dalam episod yang terbaru ini. Untuk misi tersebut, setiap ahli telah diminta untuk membawa beberapa barangan daripada kawasan sekeliling set penggambaran.
Walaubagaimanapun, selepas tamat sahaja misi itu, Yoo Jaesuk dengan pantasnya telah mengambil beberapa barangan yang dibawa oleh ahli lain daripada staf rancangan itu. Dia juga telah meminta mainan daripada Ji Sukjin dan menyatakan, “Anak perempuan saya (Naeun) sukakan ini. Berikan dua kepada saya.”
Lagi comel, apabila dia membawa mainan yang diambilnya itu sepanjang mereka menyelesaikan misi dalam episod tersebut. Kalau anda nak tahu, pengacara lelaki itu telah menimang cahaya mata kedua iaitu Naeun pada Oktober tahun lepas. Dia juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Jiho yang kini sudah berusia 9 tahun.
Rata-rata peminat yang melihat episod ini menyatakan rasa terharu kerana Yoo Jaesuk yang tetap teringatkan tentang anaknya di rumah walaupun sedang sibuk menjalankan tugasnya.
Sumber: Allkpop