Ikuti Kami:

Netizen Mengamuk Hos Berusia 15 Tahun Dikasari & Dipanggil Nama Lucah Oleh Hos Dewasa Lain

Netizen Mengamuk Hos Berusia 15 Tahun Dikasari & Dipanggil Nama Lucah Oleh Hos Dewasa Lain

Baru-baru ini, satu kontroversi tiba-tiba melanda rancangan kanak-kanak di saluran EBS iaitu “Tok! Tok! Boni Hani”! Sebuah video mula tular di serata media sosial mengenai hosnya yang kelihatan seperti telah ditumbuk oleh pelawak yang merupakan karakter tetap dalam rancangan itu.

Yang menaikkan kemarahan netizen di Korea ialah kerana hos tersebut ialah Chaeyeon yang juga merupakan seorang idola daripada kumpulan Busters, baru sahaja berusia 15 tahun. Dalam sedutan klip tersebut, dapat dilihat idola itu telah menarik lengan pelawak tersebut iaitu Choi Youngsoo semasa dia ingin berlalu ke arah lain. Walaubagaimanapun , lelaki itu telah menolak tangannya dengan kasar dan kelihatan seperti dia telah menumbuk lengan Chaeyeon. Meskipun situasi tersebut telah dihalang oleh salah seorang lagi pelawak yang kebetulan sedang lalu di hadapan mereka, namun ramai menebak hos itu telah dikasari kerana dia kelihatan mengusap lembut lengannya.

Pun begitu, saluran EBS sendiri telah menafikan terdapat sebarang kekasaran yang berlaku di antara mereka dan ia hanyalah salah faham kerana kesemua ahli rancangan itu hanya bergurau sahaja. Wakil agensi kumpulan Busters sendiri juga telah tampil dan menjelaskan bahawa pelawak tersebut hanya bermain-main sahaja dengan Chaeyeon.

busters chaeyeon

Netizen yang tidak berpuas hati telah menggali lagi video lain yang membuktikan bahawa Chaeyeon sering dibuli oleh pelawak tersebut semasa di set penggambaran “Tok! Tok! Boni Hani”. Video tersebut menunjukkan bahawa seorang pelawak lain iaitu Park Donggeun telah memanggil hos tersebut sebagai “perempuan jalang yang disterilkan oleh Listerine” dan apabila Chaeyeon kelihatan keliru dengan panggilan tersebut, lelaki itu memendekkan panggilan jahat itu sebagai “perempuan jalang yang jahat”. Menurut netizen Korea, penggunaan terma tentang Listerine tersebut sering digunakan dalam industri hiburan orang dewasa, di mana kebanyakan pelacur digelar sedemikian kerana mereka menggunakan pencuci mulut itu untuk mengelakkan daripada jangkitan akibat penyakit seksual.

Selepas kejadian ini tular di serata Korea dan juga dunia, ramai yang mencaci kedua pelawak tersebut iaitu Park Donggeun dan Choi Youngsoo kerana mengasari dan menggunakan panggilan seksual kepada kanak-kanak bawah umur. Saluran EBS juga membuat keputusan untuk memecat mereka berdua daripada rancangan “Tok! Tok! Boni Hani”. Pun begitu, salah seorang pelawak itu menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa dia hanya bergurau dengan Chaeyeon dan langsung tidak menyakitkannya seperti apa yang didakwakan oleh media. Dia juga menambah bahawa idola tersebut telah menghubunginya sambil menangis, selain meminta maaf atas insiden tersebut.

busters chayeon dikasari

Meskipun kedua pelawak tersebut cuba meredakan situasi yang kian keruh tapi nampaknya netizen tak terima langsung penjelasan mereka. Bagi mereka, tidak sepatutnya seorang kanak-kanak berusia 15 tahun menerima layanan yang sedemikian. Mereka juga menyalahi pihak produksi “Tok! Tok! Boni Hani” kerana boleh menganggap bahawa ini adalah satu gurauan sahaja.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...