Ikuti Kami:

Netizen Kagum Suntingan Teliti ’18 Again’, Lakonan Lee Dohyun Jadi Ayah 37 Tahun Dalam Badan 18 Tahun Dipuji

Netizen Kagum Suntingan Teliti ’18 Again’, Lakonan Lee Dohyun Jadi Ayah 37 Tahun Dalam Badan 18 Tahun Dipuji

Dengar cerita ramai yang terhibur sungguh menonton drama “18 Again”? Bukan sahaja banyak babak menghiburkan namun ia juga diselit dengan pelbagai pengajaran dan realiti mengenai dunia perkahwinan yang kadang kala pahit untuk ditelan.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah seorang suami yang di ambang penceraian namun secara tiba-tiba kembali dalam tubuhnya ketika berusia 18 tahun. Kerana kembali ke wajah lamanya, si suami iaitu Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) mengubah nama kepada Go Woo-young (Lee Do-hyun) begi meneruskan hidupnya. Manakala si isteri (Jung Da-jung) memulakan kehidupannya sedikit lewat sebagai pembaca berita selepas membesarkan anak kembar mereka yang sudah pun berusia 18 tahun.

Suntingan yang teliti

Disebabkan oleh Hong Dae-young yang kembali semula ke dalam badannya yang berusia 18 tahun, terdapat pelbagai babak di mana pihak produksi sekejap menyunting dia berubah kepada Go Woo-young dan kembali semula ke wajah yang berusia 37 tahun.

Pertukaran yang tak nampak kekok itu ternyata menerima pujian penonton dan ramai yang kagum dengan suntingan pihak produksi “18 Again” yang teliti.

18 again dipuji

Lakonan pelakon baru Lee Do-hyun dipuji

Walaupun baru sahaja 3 tahun memulakan kerjaya lakonannya dan mula menempa nama dalam drama “Hotel Del Luna”, Lee Do-hyun nampaknya terus berjaya mencuri hati ramai penonton menerusi persembahannya dalam “18 Again”.

Bukan senang nak bawa watak seorang yang mempunyai badan lelaki 18 tahun namun mentaliti sebenar berusia 37 tahun. Malahan lakonannya yang saling tak tumpah dengan Yoon Sang-hyun membuatkan penonton kagum dengan kemampuannya meniru watak tuanya.

18 again dipuji

“18 Again” sememangnya satu naskhah yang patut ditonton kini. Semuanya serba sempurna, daripada lakonan mantap sehingga ke suntingan yang teliti dan plot yang menarik perhatian.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...