Ikuti Kami:

Netflix Umum Musim Kedua ‘D.P.’ Bakal Ditayang Nanti

Netflix Umum Musim Kedua ‘D.P.’ Bakal Ditayang Nanti

Akhirnya! Netflix sudah mengesahkan bahawa musim kedua ‘D.P.’ sedanag dalam persiapan kini.

“D.P.” membawa kisah Ahn Jun-ho (Jung Hae-in) dan Han Ho-yeol (Koo Kyo-hwan) iaitu tentera dalam unit ‘Deserter Pursuit’ di mana mereka bertugas mengejar tentera lain yang melarikan diri daripada perkhidmatan.

Untuk episod terakhir musim pertama “D.P”, Ahn Jun-ho yang melalui momen trauma selepas kematian salah seorang tentera dilihat melarikan diri ke arah berlainan semasa perbarisan wajib. Bahkan suara derap lariannya yang boleh didengari semasa babak kredit dimainkan terus membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada tentera itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

“D.P” merupakan antara siri Netflix yang mendapat perhatian ramai semasa tayangannya kerana tidak segan untuk membongkarkan sisi gelap dunia ketenteraan di Korea. Malah ianya turut tersenarai dalam ‘Siri Terbaik Antarabangsa Dalam 2021’ di The New York Times sekaligus membuktikan kepopularitiannya di persada dunia.

Musim kedua akan menyambung dari mana musim pertama tamat dan pengarah Han Jun-hee serta penulis Kim Bo-tong akan kembali bekerjasama untuk sekuel “D.P.” ini.

Sama-sama kita nantikannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...