Utama Drama Korea Netflix Sah Bakal Tayang Episod Khas Buat Watak Jun Jihyun Dalam ‘Kingdom:...

Netflix Sah Bakal Tayang Episod Khas Buat Watak Jun Jihyun Dalam ‘Kingdom: Ashin Of The North’ 2021 Nanti

netflix kingdom: ashin of the north

Bukan lagi khabar angin, Netflix telah pun mengesahkan kesinambungan istimewa buat siri zombi popular Kingdom.

Pada 2 November, laman penstriman popular itu telah mengumumkan produksi “Kingdom: Ashin Of The North” selain turut mengiakan khabar angin kemunculan pelakon Jun Ji-hyun dan Park Byung-eun.

“Kingdom: Ashin Of The North” ialah kisah tambahan Kingdom dan berkisarkan tentang Ashin (Jun Ji-hyun), seorang watak misteri yang dihadapi oleh Lee Chang (Ju Ji-hoon) dan tenteranya yang lain semasa menuju je selatan untuk membongkarkan rahsia ‘Saengsacho’ (herba orang tak mati).

Meskipun hanya muncul sekilas sahaja pada penghujung musim kedua “Kingdom”, siri tambahan ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai wataknya yang sudah sekian lama dinantikan oleh penonton.

Park Byung-eun pula yang meninggalkan kesan sebagai Min Chi-rok iaitu ketua Tentera Beraja turut akan muncul semula dalam “Kingdom: Ashin Of The North” ini.

Khabarnya ia bakal menemui penonton pada 2021 nanti, sama-sama kita saksikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNews1
Loading...