Ikuti Kami:

Netflix Lapor Song Hyekyo Tidak Akan Sertai Sesi Temu Bual Untuk ‘The Glory 2’, Tapi Kenapa?

Netflix Lapor Song Hyekyo Tidak Akan Sertai Sesi Temu Bual Untuk ‘The Glory 2’, Tapi Kenapa?

Kembali dengan bahagian kedua, drama “The Glory” pastinya meniti di bibir ramai orang kini.

Terbaru pada 11 Mac, Netflix telah berkongsi bahawa penulis Kim Eun-sook, pengarah Ahn Gil-ho, Song Hye-kyo, Lee Do-hyun, Yeom Hye-ran dan Park Sung-hoon, tidak akan melakukan temu bual untuk “The Glory 2”, kerana keadaan peribadi dan konflik jadual penggambaran.

Pada hari yang sama, agensi Song Hye-kyo turut melaporkan bahawa memang benar pelakon wanita itu tidak akan terlibat untuk sesi temu bual bersama Netflix untuk “The Glory 2”, kerana komitmen peribadi.

the glory 2

Oleh itu, pelakon yang akan terlibat untuk sesi temu bual bersama Netflix adalah Lim Ji-yeon, Jung Sung-il, Kim Hieora dan Cha Joo-young. Manakala Kim Gun-woo masih dalam proses perbincangan.

Mesti tengah sibuk kan semua..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...