Ikuti Kami:

NCT Dream Kongsi Pandangan Mengenai Konsert ‘The Dream Show 2 – In A DREAM’

NCT Dream Kongsi Pandangan Mengenai Konsert ‘The Dream Show 2 – In A DREAM’

Tahniah buat NCT Dream kerana berjaya menamatkan konsert solo kedua mereka !

Konsert “The Dream Show 2 – In A DREAM” berakhir dengan jayanya pada 8 September lalu. Sejurus selepas persembahan tamat, NCT Dream sempat menyertai satu sesi sidang media dan berkongsi pandangan mereka mengenai detik kejayaan dalam karier mereka.

Mark memulai sesi temu bual dengan,

Terima kasih kerana hadir di konsert “7 Dream” yang pertama. Kami akan buat yang terbaik. Perjalanan kami untuk konsert kali ini tidak mudah. Sebab itu kami akan terus berdiri bersama di atas pentas dengan rasa syukur kerana ia berakhir dengan baik. Kami berterima kasih juga kerana diberi peluang untuk mengadakan konsert pertama kami dengan kesemua 7 ahli. Saya teruja mengenai konsert ini dan saya betul-betul have fun!

nct dream

Kalau korang belum tahu, konsert “The DREAM Show 2 – In A Dream” pernah terpaksa dibatalkan dek kerana COVID-19. Namun, selepas semuanya mulai reda, konsert tersebut dijadualkan semula dengan tempat yang lebih besar iaitu di Stadium Olimpik Jamsil. Tempat konsert kali ini boleh memuatkan sehingga 60,000 ribu orang.

Melihat kepada perkara itu, Jeno berkata,

Sewaktu kami pertama kali mengetahui mengenai tempat konsert kami, saya rasa teruja dan kagum namun saya juga mula merasakan sedikit tekanan. Saya tidak tahu sama ada kami akan mampu meraih peminat sehingga memenuhi stadium. Tapi semakin banyak kami membuat persiapan, perasaan bimbang itu makin hilang. 

nct dreamJae-min turut berkata,

Pada pentas sebelum ini di Gocheok Dome, pentas tersebut mempunyai terlalu banyak wayar namun setelah berpindah ke Stadium Jamsil, kami tidak boleh lagi menggunakan terlalu banyak wayar untuk pengcahayaan dan sebagainya. Ia mengambil masa yang agak lama namun kami berjaya beri hasil yang baik. 

Dalam pada itu juga, NCT Dream juga dijangka merancang untuk konsert jelajah dunia dan Mark menjawab,

Saya rasa ia akan menjadi sangat menyeronokkan jika kami boleh membuat konsert jelajah “7 Dream” dan melawat beberapa negara di serata dunia.

Pada sesi akhir sidang media tersebut, Chenle berkata,

Kami mungkin sudah memasuki tahun ke-7 promosi kami, namun rasanya kami semua masih ‘tamak’. Saya bersyukur sebenarnya. Satu perkara yang berubah sebenarnya adalah kami semua lupa yang kami makin tua dan kami lebih senang mempunyai misai atau janggut. Hanya perubahan fizikal. Kalau dari segi pemikiran kami, kami masih bertenaga dan minat kami masih tinggi. 

Wah… berakhir dengan baik konsert pertama mereka ya! Selepas ini, mereka bakal mengadakan konsert kedua “The Dream Show 2 – In A DREAM” pada 9 September ini. Konsert dorang juga boleh dilihat melalui penstriman secara atas talian secara global.

Tahniah atas kejayaan konsert, NCT DREAM!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...