Ikuti Kami:

NCT 127 Umum World Tour, Jadi Artis Pertama Buat Konsert Di Gocheok Sky Dome Selepas 2 Tahun

NCT 127 Umum World Tour, Jadi Artis Pertama Buat Konsert Di Gocheok Sky Dome Selepas 2 Tahun

NCT 127 sedang bersiap sedia untuk World Tour kedua mereka!

Pada 15 November, NCT 127 secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan memulakan jelajah dunia mereka yang telah lama ditunggu-tunggu dengan konsert di Seoul bulan depan bertajuk “NCT 127 2nd Tour ‘Neo City : Seoul – The Link’”.

Kumpulan itu akan membuat persembahan selama tiga malam dari 17 hingga 19 Disember, menjadikan mereka artis pertama dalam tempoh satu tahun dan 11 bulan yang mengadakan konsert di Gocheok Sky Dome Seoul berikutan permulaan wabak COVID-19.

Bagi peminat di luar negara yang tidak dapat menghadiri konsert NCT 127 di Seoul, malam terakhir konsert itu (19 Disember) akan disiarkan secara langsung melalui “Naver’s Beyond LIVE”. Walaupun SM Entertainment masih belum mendedahkan tarikh dan butiran yang tepat, agensi itu telah mengesahkan bahawa NCT 127 tidak lama lagi akan memulakan jelajah dunia yang akan membawa mereka ke pelbagai bandar utama di seluruh dunia.

NCT 127 WORLD TOUR IN SEOULTahun lalu, NCT 127 terpaksa menangguhkan jelajah dunia mereka “Neo City – The Awards” berikutan penularan wabak COVID-19.

NCTzens (nama kelab peminat NCT 127) jangan lupa simpan duit!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...