Ikuti Kami:

NCT 127 Menang Anugerah Istimewa Di Indonesian Television Awards 2019, Siap Buat Persembahan Lagi!

NCT 127 Menang Anugerah Istimewa Di Indonesian Television Awards 2019, Siap Buat Persembahan Lagi!

Baru-baru ini kecoh di Malaysia apabila acara berprestij iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 telah menambah dua kategori untuk mengiktiraf artis antarabangsa iaitu ‘Artis Indonesia Popular’ dan ‘Artis Korea Popular’. Rata-rata rakyat Malaysia bingung dengan alasan disebalik keperluan memberikan anugerah kepada orang luar. Kata netizen, “Kita sahaja beria-ia syok sendiri, mereka tak tahu pun kewujudan anugerah ini!”

Dalam sibuk kita mengecam pemberian anugerah kepada artis luar terutamanya artis K-Pop, rupa-rupanya satu anugerah di Indonesia baru-baru ini turut menyampaikan anugerah untuk satu kumpulan K-Pop yang lain. Kumpulan tersebut iaitu NCT 127 telah pun mendapat anugerah istimewa daripada Indonesian Television Awards 2019!

nct 127 indonesian television awards 2019

“Sangat bermakna kerana kami berjaya menerima anugerah hebat di Indonesia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami dan memberikan kasih sayang dengan banyaknya. Kami akan bekerja lebih keras untuk menjadi satu kumpulan yang sentiasa berkembang.”

Kalau anda nak tahu, anugerah ini diadakan saban tahun oleh stesen penyiaran RCTI yang bernaung di bawah kumpulan media terbesar di Indonesia iaitu MNC. Jadi, anugerah yang diberikan bukanlan remeh atau pun tiada makna.

nct 127 anugerah indonesia 2019

Bukan sahaja mereka datang untuk menerima anugerah, NCT 127 turut menjadi penyampai bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Selain itu, mereka turut mempersembahkan beberapa lagu popular mereka seperti ‘Fire Truck’, ‘Cherry Bomb’, ‘Regular’, dan ‘Superhuman’.

Bagi mmenyampaikan rasa gembira mereka kerana dijemput ke anugerah itu, anggota kumpulan itu iaitu Haechan dan Doyoung telah mendendangkan sedikit lagu Indonesia iaitu “Cinta Luar Biasa” by Andmesh Kamaleng. Seronoklah peminat Indonesia!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...