Ikuti Kami:

NCT 127 Berjaya Akhiri 3 Hari Konsert Secara Luar Talian Buat Kali Pertama Dalam 3 Tahun

NCT 127 Berjaya Akhiri 3 Hari Konsert Secara Luar Talian Buat Kali Pertama Dalam 3 Tahun

Dari 17 hingga 19 Disember, NCT 127 telah mengadakan konsert solo kedua mereka di Gocheok Sky Dome di Seoul, bertajuk “Neo City: Seoul – The Link”.

Konsert pada 19 Disember diadakan serentak secara dalam talian dan luar talian, bermakna terdapat penonton secara langsung dan turut disiarkan melalui platform Beyond LIVE dan di pawagam CGV. Ini adalah kali pertama NCT 127 mengadakan konsert secara bersemuka di Korea sejak konsert solo pertama mereka “Neo City: Seoul – The Origin” hampir tiga tahun lalu pada Januari 2019. NCT 127 juga merupakan artis pertama yang mengadakan konsert luar talian di Gocheok Sky Dome sejak wabak COVID-19 bermula.

Walaupun tempat itu mampu memuatkan 20,000 hingga 30,000 orang namun, hanya 4,000 orang sahaja dibenarkan pada hari konsert tersebut, kerana harus mematuhi protokol COVID-19.

NCT 127 membuka konsert dengan lagu hit mereka “Kick It”, lagu utama album studio kedua mereka “Neo Zone”. Lagu itu telah duduki beberapa carta selepas dikeluarkan, dan album “Neo Zone” amat bermakna untuk kumpulan dan peminat kerana NCT 127 telah berjaya menerima status ‘million seller’ pertama mereka, disebabkan jualan album tersebut.

NCT Neo City: Seoul – The Link

Memandangkan penonton tidak dapat bersorak kerana protokol COVID-19, peminat menunjukkan penghargaan mereka untuk persembahan pembukaan dengan tepukan yang meriah.

Semasa di konsert, Tae-yong berkata,

Saya sangat bersyukur kerana ramai orang datang untuk melihat konsert kami. Saya rasa ini sesuatu yang patut disyukuri kerana kami boleh menghabiskan bulan Disember, penghujung tahun, bersama anda semua. Memandangkan anda semua telah mengikuti garis panduan dengan baik, kami bekerja keras untuk membayar balik kepada anda. Kami akan lakukan yang terbaik untuk konsert terakhir ini juga. Sila tepuk tangan.

Yuta turut berkongsi,

Ini sudah malam terakhir. Saya fikir ia adalah satu keajaiban bahawa kami dapat melakukan konsert pada masa ini. Kami akan mencurahkan segala-galanya supaya kami dapat mengakhiri konsert seperti keajaiban ini dengan baik, jadi sila nikmatinya sehingga tamat.

Jae-hyun juga berkongsi mengenai kecederaannya,

Kami hari ini lebih hebat daripada semalam, esok daripada hari ini. Sebelum saya naik ke atas pentas, saya mempunyai parut pada kornea saya, jadi saya terpaksa mengeluarkan kanta lekap saya, dan saya bimbang saya tidak akan dapat melihat anda. Tetapi sekarang saya di sini, rasanya penglihatan saya semakin baik dan saya semakin sembuh.

Kemudian, NCT 127 kembali meneruskan persembahan dengan lagu-lagu popular mereka yang lain seperti, “Dreamer”, “Love Song”, “Favorite (Vampire)” dan persembahan unit oleh ahli seperti lagu “Run Back 2 U”, “Love Sign” dan banyak lagi.

NCT Neo City: Seoul – The Link

Tahniah NCT 127 berjaya selesaikan konsert dengan jayanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...