Ikuti Kami:

Naskhah Lakonan Yoona SNSD Wajib Ditonton Tahun 2022 Nanti

Naskhah Lakonan Yoona SNSD Wajib Ditonton Tahun 2022 Nanti

Yoona, yang popular dengan lakonan hebatnya di dalam drama “Love Rain”, “The K2”, “The King In Love” dan banyak lagi, akan kembali dengan lebih banyak drama dan filem hebat pada tahun hadapan. Jom tengok naskhah lakonan Yoona yang akan datang, serta siapakah yang akan berganding bersamanya!

 

Big Mouth (Yoona dan Lee Jong-suk)

yoona lee jongsukMenurut laporan dari Sports Donga, drama ini akan mengisahkan tentang Lee Jong-suk yang memainkan watak sebagai Park Chang-ho, seorang peguam kelas ketiga yang diberi panggilan sebagai ‘mulut besar’ kerana kelakuannya yang hanya suka berbicara tetapi tidak bertindak. Oleh itu, dia telah dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan konspirasi besar untuk dia bertahan dalam kerjayanya dan untuk menjaga keluarganya.

Yoona sebagai Go Mi-ho, merupakan isteri kepada Park Chang-ho, adalah seorang doktor, yang sangat setia dan sentiasa menyokong suaminya. Apabila suaminya telah disalah anggap sebagai seorang penipu, dia terus sedia membantu untuk membersihkan nama suaminya.

2 O’Clock Date (Yoona & Kim Seon-ho)

yoona kim seonho

Kim Seon-ho yang kini menjadi topik bualan ramai bagi peminat K-Drama, telah disahkan akan berganding bersama Yoona dalam filem terbaru mereka iaitu “2 O’Clock Date” yang  dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. Filem ini merupakan filem romantik-komedi, yang mengisahkan tentang seorang wanita yang mempunyai rahsia besar dan seorang lelaki yang merupakan jiran kepada wanita tersebut yang tinggal di tingkat atas. Filem ini akan mengupas mengenai kisah dua orang jiran ini yang akan bertemu setiap hari dan merungkai tentang kehidupan mereka. Menurut Sports Chosun, filem ini telah ditetapkan untuk memulakan penggambaran pada bulan Mac tahun hadapan!

Confidential Assignment 2: International (Yoona & Hyun-bin)

yoona hyunbin

Filem “Confidential Assigment” yang telah ditayangkan pada tahun 2017, kini akan kembali dengan musim kedua iaitu, “Confidential Assignment 2: International”. Filem tersebut telah menimbulkan sensasi di Korean Box Office, dengan jumlah penonton melebihi 7 juta.  Yoona yang dulu memainkan watak sebagai kakak ipar kepada Kang Jin-tae yang dimainkan oleh Yoo Hae-jin, kini kekal memainkan wataknya sebagai Park Min-young dalam sekuel ini. Dalam prekuel sebelum ini, watak Yoona lebih kepada seorang budak bawah umur yang dalam diam ada hati kepada watak yang dimainkan Hyun-bin, iaitu Rim Chul-ryung.

Dalam sekual ini, Hyun-bin akan kekal dengan wataknya sebagai detektif Korea Utara yang jahat yang akan dihantar ke Korea Selatan untuk suatu misi, bersama dengan rakannya, Kang Jin-tae, yang dimainkan oleh pelakon Yoo Hae-jin. Menurut laporan dari Sports Donga, filem ini dijangka telah memulakan penggambaran pada Februari yang lepas!

Happy New Year (Yoona & Lee Dong-wook)

yoona lee dongwook

Pada April yang lalu, laporan daripada Sports Chosun, produksi CJ ENM dan TVING telah akan mengeluarkan sebuah filem romantik baru “Happy New Year” yang akan ditayangkan pada tahun hadapan, melibatkan barisan pelakon yang sangat hebat. Antaranya adalah Yoona SNSD, Lee Dong-wook, Han Ji-min, Kang Ha-neul, Won Jin-ah, Lee Kwang-soo, Seo Kang-joon, Kim Young-kwang dan ramai lagi! Dalam filem ini, Yoona akan memainkan watak sebagai seorang pekerja di sebuah hotel. Manakala Lee Dong-wook pula akan memegang watak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di hotel tersebut. Barisan pelakon yang hebat yang akan turut terlibat dalam filem ini telah menarik perhatian ramai peminat. Antara reaksi para netizen:

Barisan pelakonnya sangat hebat!

Mereka semua akan muncul dalam satu filem? Saya mahu cepat-cepat menonton filem ini.

Ini adalah sangat gila, kebanyakan pelakon dalam filem  ini adalah pelakon yang layak untuk watak utama!

Jadi macam mana, korang dah sedia ke untuk tahun 2022?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...