Ikuti Kami:

“Nasib Anak Perempuan Ikut Muka Suami” – Honey Lee

“Nasib Anak Perempuan Ikut Muka Suami” – Honey Lee

Seronok melihat Honey Lee semakin berseri-seri semenjak melahirkan anak pertamanya pada tahun lalu.

Dalam sebuah temubual rasmi untuk promsi filem “Ghost”, wanita itu berkongsi dengan lebih lanjut lagi mengenai anak sulungnya itu.

Ulas Honey Lee mengenai kelahiran anak pertamanya,

Sebab saya mahu bersalin secara semulajadi, saya tunggu selama 40 minggu 4 hari. Tapi anak saya tak nak keluar sangat, jadi saya menari semasa subuh, barulah terasa sakit mahu beranak.

honey lee

Akuinya, bayi yang dilahirkan tidak sama yang dibayangkannya,

Dia seperti ‘keledek panas’. Saya berharap dia mengikut wajah saya namun nasib baik dia seiras suami.

Dalam pada itu, “Ghost” membawa kisah 5 suspek yang ditebak sebagai ‘ghost’ iaitu perisik untuk penentangan anti-Jepun pada 1933. Bagi mengelak dari dituduh, kesemua mereka perlu pandai mencipta alasan dan dalam masa yang sama turut mengesyaki satu sama lain.

Mesti comel~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...