Ikuti Kami:

Nantikan! ‘Love Alarm’ Umum Kembali Untuk Musim Kedua

Nantikan! ‘Love Alarm’ Umum Kembali Untuk Musim Kedua

Siapa sahaja yang tak tahu mengenai drama Korea yang kian popular di seluruh pelosok dunia. Walaupun sebelum ini, kesemua drama ini hanya dikeluarkan melalui saluran tempatan dan saluran kabel di siaran televisyen Korea. Tetapi kini disebabkan terlalu popular, ramai platform luar negara yang cuba mengambil kesempatan untuk ‘menumpang’ kepopularitian mereka. Antaranya ialah, platform drama atas talian terkenal iaitu ‘Netflix’.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak drama Korea yang dihasilkan terus melalui medium ini. Antara drama yang popular semasa tayangannya ialah “Love Alarm” yang telah diterajui oleh Kim Sohyun, Song Kang dan Jung Garam.

love alarm kembali untuk musim kedua

Kalau anda nak tahu, drama ini mengisahkan tentang kisah romantik dalam realiti alternatif. Dalam kehidupan itu, setiap orang boleh mencari cinta menerusi satu aplikasi yang boleh mengesan jika sesiapa mempunyai perasaan terhadapnya dalam jarak 10 meter. Musim pertama drama ini berkisar tentang cerita Kim Jojo (Kim Sohyun), Hwang Sunoh (Song Kang) dan Lee Hyeyeong (Jung Garam) yang melalui kehidupan di mana semua orang meluahkan perasaan cinta mereka menerusi aplikasi itu.

Rata-rata penonton setia “Love Alarm” berasa sedih dan tidak puas hati kerana naskhah ini hanya bersiaran selama 8 episod sahaja. Namun begitu, anda semua boleh kembali tersenyum kerana Netflix telah memuat naik video yang menunjukkan teraju utama drama itu mengumumkan musim keduanya!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...