Sejak kebelakangan ini, netizen perasan bahawa kebanyakan selebriti Korea sering mempromosikan satu prosedur di klinik pergigian di Korea.
Dari klinik Zeronate, khabarnya mereka melakukan proses ‘veneer’ baru yang hanya menghakis sedikit permukaan gigi berbanding biasa dan mengekalkan imej itu untuk satu tempoh panjang.
Malah hal itu turut dikongsikan oleh beberapa selebriti seperti Joo Woo-jae, Dex, Gabi, Park jin-joo, Yoo Byung-jae, Kim Jong-min dan ramai lagi.
Hani EXID turut berkongsi mengenai prosedur berkenaan di Instagram Story dan berkata,
Terima kasih, disebabkan Zeronate, saya berjaya senyum dengan lebih yakin kini.
Walau bagaimanapun, seorang pelawak iaitu Kang Yoo-mi berkongsi penyesalan melakukan prosedur berkenaan pada usia muda kerana dia melalui kesakitan kini. Katanya, dia perlu melalui proses laminasi semula setiap 10 tahun dan kesakitannya tak tertanggung meskipun sudah menerima 3 suntikan bius.
Komen netizen, “Tapi memang benar mereka kelihatan lebih baik selepas melakukannya”, “Nampak pelik sebab ianya terlalu putih”, “Janganlah sampai hakis gigi” dan banyak lagi.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.