“Nampak Okay Je..” – Netizen Berbelah Bagi Lihat Lakonan ‘Over’ Jeon Yeobin Dalam ‘Vincenzo’?

jeon yeobin vincenzo

Baru sahaja ditayangkan, namun drama mafia “Vincenzo” sudah pun menjadi buah mulut orang ramai dek pelbagai faktor.

Antaranya ialah plot unik mengenai peguam penasihat berbangsa Korea yang bekerja untuk keluarga mafia Itali. First time dengar kan? Meskipun mungkin pekerjaan tersebut janggal pada fikiran penonton namun Song Joong-ki nyata melenyapkan keraguan itu 100% dengan mutu lakonannya yang baik. Malah sebutan bahasa Italinya pun mantap habis!

Lain pula ceritanya dengan watak Hong Cha-young, lakonan Jeon Yeo-bin iaitu seorang peguam yang akan melakukan apa sahaja untuk menang sehinggakan sanggup bertelagah dengan ayahnya sendiri yang juga merupakan seorang peguam yang mementingkan keadilan buat golongan teraniaya.

jeon yeobin vincenzo

Pertama kali membawa watak komik, nampaknya percaturan pengarah sepertinya menimbulkan perasaan berbolak-balik penonton. Nampak sahaja tough dalam perbicaraan, namun ada yang merasakan bahawa watak Hong Cha-young sedikit ‘over’ dek ekspresi muka yang herot-berot selain sebutan perkataan yang sedikit bergulung dengan nada yang tinggi.

Antara komen penonton:

Seronok tengok lakonan Jeon Yeo-bin.. walaupun pelik tapi nampak kesegaran wataknya.

 

Sejujurnya lakonan Jeon Yeo-bin nampak tak natural, sedikit ‘over’…

 

Jeon Yeo-bin sebenarnya pelakon yang baik. Tapi memandangkan ini ialah produksi sama dengan ‘The Fiery Priest’ dan ‘Good Manager’, pastinya mereka yang meminta Jeon Yeo-bin berlakon seperti itu…

 

Tak boleh fokus dengan drama ini dek lakonan melebih-lebihnya..

 

Perlu ke dia berjalan macam tu?

 

Bagi saya, drama ini jadi lebih menarik sebabkan watak teraju wanitanya. Semoga berjaya ‘Vincenzo’!

 

Siapa yang kutuk lakonan Jeon Yeo-bin? Tak pernah tengok ‘Be Melodramatic’ dan ‘Save Me’ ke?

jeon yeobin vincenzo

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa penulis drama “Vincenzo” juga merupakan orang yang sama menulis “The Fiery Priest dan “Good Manager”. Jadi, jelaslah bahawa watak yang ‘over’ sperti Hong Cha-young ini merupakan kebiasaan dan normal bagi penulis ini.

Apa pun, “Vincenzo” masih lagi terlalu baru untuk dijatuhkan hukuman. Mungkin penonton akan mula seronok apabila melihat ‘kelainan’ Hong Cha-young dalam episod akan datang nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply