Selalu dengar cerita sahaja tapi jarang dapat melihat wajah isteri Yoo Jae-suk iaitu Na Kyung-eun.
Terbaru, wanita itu dilihat menghadiri sebuah teater yang diterajui oleh senior pembaca berita, Kim Kyung-hwa.
Dengan berpakaian jaket kotak berwarna merah, wanita itu dilihat menawan dengan wajah yang masih muda dan kelihatan sama semasa masih aktif sebagai pembaca berita.
Daripada perkongsian Yoo Jae-suk, Na Kyung-eun sepertinya lebih selesa menjaga rumah tangga kini di mana pasangan itu mempunyai dua orang anak, Ji-ho dan Na-eun.
Sama cantik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉