Ikuti Kami:

Nampak Makin Bahagia, Peminat Teruja Lihat Penampilan Terkini Song Kang Dalam Tentera

Nampak Makin Bahagia, Peminat Teruja Lihat Penampilan Terkini Song Kang Dalam Tentera

Gambar terkini Song Kang di latihan ketenteraan telah dimuat naik di media sosial.

Dalam foto itu, pelakon tersebut telah dilihat tersenyum ceria sambil berdiri dan memeluk bahu rakannya.

Malah, Song Kang juga didapati telah menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai tentera dan bahagia melakukan pelbagai aktiviti termasuk menyanyi serta menyertai aktiviti keagamaan.

Setelah menamatkan latihan selama 5 minggu, Song Kang kini kelihatan lebih santai berbanding hari pendaftarannya. Di mana, pelakon itu kelihatan gementar dan gugup dalam gambar-gambarnya sebelum ini.

Walaubagaimanapun, peminat kini berasa lega dan teruja selepas melihat status terkini Song Kang yang jelas menunjukkan bahawa dia menikmati kehidupannya sebagai tentera.

Sementara itu, Song Kang kini akan ditugaskan ke unit yang baru dan meneruskan tugasnya selepas menamatkan latihan asas ketenteraan.

Rindu Song Kang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald Pop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...