Bukan sahaja berbakat dalam lakonan malahan, Han So-hee juga turut diminati kerana auranya yang memukau.
Terbaru pada 15 April, Han So-hee telah tiba di Lapangan Terbang Incheon, selepas menghadiri acara Dior di Los Angeles beberapa hari yang lalu.
Menarik perhatian, pelakon itu tampil dengan seluar jeans ‘low waist’, jaket hitam dan baju hitam pendek, menampakkan sekilas tatu di badannya.
Nampaknya, pelakon “My Name” itu semakin selesa membiarkan orang ramai melihat sekilas tatu di badannya kini.
Antara reaksi netizen selepas melihat penampilan Han So-hee dengan tatunya,
Dia nampak sangat cool.
Han So-hee kelihatan sangat hebat dengan mendedahkan tatunya 💜🦋
Tatunya 😍 dia kelihatan seperti seorang idola K-Pop.
Cool kan Han So-hee?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉