Ikuti Kami:

Nampak Ceria & Sihat! Kim Woobin Buat Kemunculan Pertama Selepas 2 Tahun Menyepikan Diri

Nampak Ceria & Sihat! Kim Woobin Buat Kemunculan Pertama Selepas 2 Tahun Menyepikan Diri

Walaupun memulakan karier seninya sebagai seorang model tetapi rezeki Kim Woobin nampaknya lebih luas di dalam bidang lakonan. Mula mendapat perhatian netizen Korea menerusi watak sampingan dalam “Gentleman’s Dignity”, namun namanya kian disebut-sebut apabila dia bergandingan dengan Lee Jongsuk dalam “School 2013”

Selepas habis sahaja tayangan drama “Uncontrollably Fond”, Kim Woobin telah mengejutkan peminatnya apabila dia mengumumkan ingin berehat sementara daripada dunia lakonan. Alasannya sangat menyentuh hati kerana rupanya dia telah disahkan menghidap sejenis sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak iaitu kanser Nasopharyngeal. Tetapi lelaki itu bernasib baik kerana ketumbuhannya itu dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia menjadi lebih serius.

kim woobin

Sejak daripada itu, pelakon lelaki tersebut terus hilang daripada radar dan lebih senang menjalani kehidupannya dengan senyap. Hanya kadang-kadang sahaja, terdapat cerita daripada peminat yang menyatakan mereka terserempak dia diluar tanpa sengaja.

Menggembirakan kerana selepas lebih 2 tahun mendiamkan diri, Kim Woobin akhirnya telah membuat kemunculan yang pertama selepas pengumuman rehatnya itu pada “40th Blue Dragon Film Awards” yang berlangsung malam semalam.

Dia telah menggalas tugas sebagai salah seorang penyampai anugerah pada majlis berprestij itu. Muncul sahaja di atas pentas, dia disapa dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada pelakon lain dan juga para peminat.

kim woobin nampak sihat

Lelaki itu terus memberi tunduk hormat dan memulakan ucapannya.

“Saya berasa sangat gementar. Ini adalah kali pertama saya menemui semua orang setelah sekian lamanya, jadi saya berasa risau dengap apa yang harus saya ucapkan. Yang paling utama, saya ingin mengucapkan terima kasih. Beberapa tahun lalu, tahap kesihatan saya adalah sangat teruk. Tetapi ramai yang telah memberi sokongan dan mendoakan saya supaya saya boleh melawannya. Atas sebab itu, saya mampu berjumpa anda semua dengan kesihatan yang lebih baik.”

kim woobin tampil ceria

Sebelum majlis itu berlangsung, Kim Woobin telah berjumpa dengan beberapa peminatnya dan dia menyapa mereka dengan senyuman yang lebar.

“Apa khabar semua? Saya nampak sama sahaja kan? Saya dah berjaya atasinya~ Jumpa anda sebentar lagi.”

Dengar cerita Woobin akan kembali ke dunia lakonan tak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...