Utama Drama Korea Namgoong Min Atau Junho 2PM? Netizen Ramal Pemenang Daesang ‘2021 MBC Drama...

Namgoong Min Atau Junho 2PM? Netizen Ramal Pemenang Daesang ‘2021 MBC Drama Awards’

namgoong min junho

Bakal ditayangkan pada 30 Disember nanti, ramai yang dah tertanya-tanya siapakah yang bakal menjulang Anugerah Utama (daesang) pada ‘2021 MBC Drama Awards’ nanti.

Berdasarkan daripada ramalan penonton, ramai yang menebak bahawa persaingan sengit dapat dilihat antara Namgoong Min dari “The Veil” dan “Lee Jun-ho (2PM) untuk “The Red Sleeve”.

the red sleeve lee junho

Meksipun merupakan calon yang hebat dan menjadi sebutan ramai sebelum ini, tiada siapan menjangka “The Red Sleeve” akan bangkit dan menunjukkan pencapaian yang menakjubkan buat saluran itu. Malah ia menjadi siri mini pertama di MBC yang melepasi rating 10% selepas 3 tahun.

Pun begitu, penonton turut tidak dapat menafikan kecekalan dan kegigihan yang ditampilkan oleh Namgoong Min untuk watak ejen NIS yang mahu membalas dendam dalam “The Veil”.

namgoong min the veil

Persaingan ini ternyata mendapat perhatian ramai memandangkan Namgoong Min dan Lee Jun-ho yang pernah dinobat sebagai ‘Pasangan Terbaik’ menerusi gandingan mereka dalam drama “Good Manager” pada 2016.

Pada pendapat korang, siapa yang akan menang nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Seoul
Loading...