Ikuti Kami:

“Nak Pergi Bali Jugak La” – Berusia 44 Tahun, Netizen Kagum Lihat Badan Berotot Gong Yoo

“Nak Pergi Bali Jugak La” – Berusia 44 Tahun, Netizen Kagum Lihat Badan Berotot Gong Yoo

Nampaknya, Gong Yoo sedang seronok menikmati masa lapangnya dengan pergi bercuti di luar negara kini.

Terbaru pada 11 Mei, Gong Yoo telah memuat naik beberapa video di Instagram Story, di mana pelakon itu dilihat sedang berenang di sebuah vila mewah di Bali, yang dipenuhi dengan pokok palma.

Menarik perhatian, dalam video yang dikongsi, Gong Yoo hanya memakai seluar renang dan mendedahkan bahagian badan atasnya yang begitu tegap.

Apabila pelakon “Train to Busan” itu mengangkat tangannya, bahunya yang lebar dan otot di belakang badan terus terserlah, menunjukkan hasil kerja kerasnya menjaga makan dan bersenam secara konsisten.

Sebelum ini, Gong Yoo pernah berkongsi bahawa dia makan salad yang terdiri dari dada ayam, cendawan, tomato ceri dan brokoli ketika sedang diet.

Kemain lagi muscle tu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...