Sejak Yoo Teo popular dek drama “Love To Hate You” di Netflix, semakin ramai yang mengambil tahu mengenai kisah peribadi termasukan ‘update’ isterinya iaitu Nikki Lee.

Terbaru, wanita itu telah memuat naik foto pemanis mulut iaitu yogurt blueberry dengan kapsyen,
Kalau saya dilahirkan lagi sekali, saya mahu lahir sebagai pelakon erotik Jepun.
Disebabkan pengakuan tidak disangka itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan terkejut dan risau sekiranya akaun Instagramnya digodam.
View this post on Instagram
Nikki kemudiannya menafikan dakwaan itu dengan meninggalkan komen,
Itu yang saya katakan setiap hari.
Walau bagaimanapun, reaksi Yoo Teo menarik perhatian ramai apabila dia meninggalkan komen emoji ‘hati’ seperti tiada apa yang berlaku.
Untuk pengetahuan, Nikki Lee tua 11 tahun dari Yoo Teo dan mereka sudah pun 17 tahun mendirikan rumah tangga.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉