Ikuti Kami:

Nak Bergaya Ala Artis K-Pop? Ayuh Beli Belah Di 10 Laman Pakaian ‘Online’ Asli Dari Korea Ini

Nak Bergaya Ala Artis K-Pop? Ayuh Beli Belah Di 10 Laman Pakaian ‘Online’ Asli Dari Korea Ini

Adakah korang suka fesyen artis K-Pop dan tertanya-tanya di mana untuk membeli jenama pakaian yang cantik serta berpatutan seperti mereka ? Nah jika jawapannya ya, maka korang akan suka dengan apa yang KimchiDaily kongsikan ini.

Ini antara 10 kedai pakaian atas talian yang mesti dilawati.

Chuu 

Khas untuk wanita sahaja, kedai atas talian ini menyediakan pelbagai jenis baju yang cantik dan comel. Tetapi saiz baju yang ada sangat terhad kepada gadis yang bertubuh kecil sahaja. Selain itu, terdapat juga aksesori kebiasaannya dipakai oleh artis Korea yang turut dijual di laman itu.

Pautan: https://chuumade.com/ 

Zigzag 

Kedai ini menjual pelbagai jenis pakaian uniseks. Daripada aksesori kepala sehingga kaki ada dijual di sini. Jadi kepada lelaki dan wanita di luar sana, nanti bolehlah menggayakan pakaian korang sama seperti idola K-Pop. Pasti nampak segak dan cantik.

Pautan: https://www.zigzag.kr/

YesStyle 

Kedai atas talian YesStyle ini sangat mudah untuk digunakan kerana harga yang dipamerkan adalah dalam Ringgit Malaysia. Jadi korang tidak perlu bersusah payah untuk menukar nilai mata wang ketika sedang membeli-belah. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat kupon diskaun yang sangat berbaloi dari kedai ini.

Pautan: https://www.yesstyle.com/en/korean-fashion-women

Stylenanda

Stylenanda agak mahal berbanding dengan kedai atas talian yang lain tetapi kualiti yang disediakan sangat bagus. Jadi tidak hairanlah harganya agak tinggi sedikit. Selain daripada menjual pakaian, ia juga ada mempromosikan barangan kosmetik daripada jenama terkenal iaitu 3ce. Kedai ini sangat sesuai untuk wanita yang suka dengan barangan kosmetik dari Korea kerana ia dijamin asli.

Pautan: https://stylenandaen.com/category/2023-ps/4174/

Musinsa

Pelbagai jenama popular tempatan Korea dan juga luar negara ada di kedai atas talian ini serta ianya 100% dijamin asli. Untuk pengetahuan korang, pakaian yang dijual di sini agak seksi berbanding dengan kedai lain. Jadi untuk wanita yang suka pakaian tertutup, korang boleh skip kedai ini.

Pautan: https://global.musinsa.com/my/main

Covernat 

Covernat ialah salah satu jenama pakaian lelaki yang sangat popular dalam kalangan jejaka 20-an di Korea. Antara barangan yang laris dijual ialah beg galas dan juga sweatshirts. Harga ditawarkan sangat berpatutan dengan kualiti pakaian yang semestinya dapat menggembirakan hati para pelanggan.

Pautan: https://www.covernat.net/

Jogunshop 

Agak susah untuk cari kedai atas talian yang menjual pakaian khas bagi lelaki sahaja. Oleh itu, kepada para lelaki yang suka dengan fesyen jalanan Korea korang sangat digalakkan untuk membeli baju di Jogunshop. Pelbagai jenis saiz daripada XL sehingga XXXL ada di kedai ini. Apa yang lagi menarik, korang akan dapat servis penghantaran percuma apabila berbelanja sebanyak RM180 ke atas. Wah seronoknya!

Pautan: https://en.jogunshop.com/

Codibook 

Codibook menyediakan pakaian yang sangat comel, jadi sesuai sangat untuk wanita berbadan kecil. Ia juga menjual pakaian untuk wanita Muslim yang ingin bergaya seperti artis Korea kegemaran mereka. Korang sangat digalakkan untuk membeli-belah di kedai ini kerana ada baucar diskaun sebanyak 10% bagi first timer. 

Pautan: https://codibook.net/

Chicline 

Pasti ini akan memberikan berita gembira buat wanita yang mempunyai bentuk badan yang sedikit besar. Chicline ada menjual pakaian saiz sehingga XXL. Kualiti pakaian di kedai ini pula sangat berkualiti tinggi, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Pautan: https://chic-line.com/product/list.html?cate_no=134

Unnielooks 

Kedai atas talian ini menjual pakaian fesyen Korea berinspirasikan idola di negara itu. Bagi sesiapa yang minat kumpulan K-Pop seperti BLACKPINK atau BTS dan ingin berpakaian seperti mereka, korang boleh membeli-belah di Unnielooks. Walaupun harga yang dipaparkan agak mahal, tetapi sangat memuaskan hati kerana fabriknya berkualiti tinggi.

Pautan: https://unnielooks.com/en-my

Zaman sekarang semua benda senang, hanya klik dan terus buat pembayaran tanpa perlu ke kedai!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...