Ikuti Kami:

Naeun & Gunhoo Kembali Ke ‘Superman Returns’, Bakal Disertai Oleh Adik Lelaki Baru Jinwoo

Naeun & Gunhoo Kembali Ke ‘Superman Returns’, Bakal Disertai Oleh Adik Lelaki Baru Jinwoo

Rasanya ramai yang bersedih apabila keluarga Park Joo-ho dan Anna mengumumkan bahawa mereka akan berehat seketika daripada rancangan hiburan “Superman Returns” bagi memberi laluan kepda wanita tersebut untuk melahirkan anak ketiga mereka.

Walaupun rata-rata peminat memahami permintaan pasangan itu, walaubagaimanapun ramai yang bersedih kerana mereka tidak dapat lagi melihat telatah comel Na-eun dan Gun-hoo yang menjadi hiburan kepada orang ramai pada setiap hujung minggu.

naeun dan gunhoo kembali ke superman returns

Berita gembira untuk anda kerana saluran KBS sendiri telah mengesahkan bahawa keluarga popular tersebut bakal menyertai semula penggambaran “Superman Returns” tak lama lagi!

Selepas menetap di Switzerland iaitu di rumah keluarga Anna buat sementara waktu, pemain bola sepak Park Joo-ho, Na-eun dan Gun-hoo bakal menyapa kembali para penonton yang sudah lama menantikan kepulangan mereka selepas 6 bulan berehat. Lagi menyeronokkan kerana kesemua penonton akan dapat melihat adik lelaki Gun-hoo iaitu Jin-woo buat pertama kalinya.

naeun dan gunhoo kembali ke superman returns

Dengar cerita ramai yang dah kurang menonton “Superman Returns” kerana terlalu rindukan Na-eun dan Gun-hoo. Nampaknya anda semua pasti dah tak sabar nak tonton kemunculan semula mereka bersama seorang lagi bayi baru. Tak sabar rasanya nak tengok bagaimana Gun-hoo melayan adiknya sementelah dia merupakan adik selama ini sebelum kehadiran Jin-woo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...