Ikuti Kami:

Na Inwoo Dilaporkan Bakal Ganti Jisoo Dalam ‘River Where The Moon Rises’ Lepas Digugurkan Dek Kes Buli

Na Inwoo Dilaporkan Bakal Ganti Jisoo Dalam ‘River Where The Moon Rises’ Lepas Digugurkan Dek Kes Buli

Mesti ramai yang berdukacita dengan kes buli yang melibatkan pelakon Jisoo kan? Walaupun sudah memohon maaf, namun imej dan karier lelaki itu nampaknya sudah tercalar dan tiada apa yang dapat dilakukannya.

Bahkan pihak KBS juga mendedahkan bahawa watak On Dal yang dilakonkan oleh Jisoo dalam drama “River Where The Moon Rises” kini bakal mencari pelakon ganti baru memandangkan mereka memilih untuk mengugurkan pelakon tersebut daripada barisan teraju utama.

Sudah pun merakamkan 18 episod daripada 20 keseluruhannya, tidak dipastikan bagaimana mereka akan mengacu pelakon baru ini dalam episod mendatang.

na inwoo

Padi pagi ini, dilaporkan bahawa Na In-woo yang popular menerusi wataknya sebagai Kim Byung-in dalam “Mr. Queen” dikhabarkan bakal menggantikan watak On Dal dalam drama tersebut.

Malah agensinya turut mengesahkan berita tersebut,

Memang benar Na In-woo ada menerima tawaran daripada ‘River Where The Moon Rises’ dan dia kini sedang menelitinya.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. Tapi apa salahnya kan, memandangkan Na In-woo juga sangat hebat berlakon drama bersejarah. Betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...