Ikuti Kami:

“Na Aegyo Ke Shim Suryeon?” – Penonton Berteka-Teki Identiti Sebenar Lee Jiah Dalam ‘The Penthouse 2’

“Na Aegyo Ke Shim Suryeon?” – Penonton Berteka-Teki Identiti Sebenar Lee Jiah Dalam ‘The Penthouse 2’

Disebabkan “The Penthouse” sentiasa dipenuhi kejutan pada saban episod, para penonton menjadi seronok dan berdebar menantikan plot twist apa yang bakal disajikan pada episod mendatang.

Sama juga dengan episod baru-baru ini apabila Lee Ji-ah kembali ke Hera Palace tapi sebagai Na Ae-gyo iaitu ibu kepada si kembar Seok-kyung (Han Ji-hyun) dan Seok-hoon (Kim Young-dae) dan bukannya Shim Su-ryeon yang sudah dibunuh oleh Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) pada penghujung musim pertama.

lee jiah the penthouse 2

Walaubagaimanapun, penonton terus disapa dengan pelbagai teka-teki dan persoalan mengenai identiti baru Lee Ji-ah dalam “The Penthouse 2”. Hmmm.. kenapa pula?

Dalam episod terbaru ini, semasa babak Na Ae-gyo berlawan dengan beberapa orang suruhan Joo Dan-tae di gimnasium menampilkan belakang bahunya yang licin tanpa cacahan tatu rama-rama. Walhal semua sedia maklum bahawa simbol itu merupakan sesuatu yang unik pada wanita tersebut.

Lagi pula Logan Lee (Park Eun-seok) juga sepertinya memberi bayangan bahawa Shim Su-ryeon masih hidup apabila Oh Yoon-hee (Eugene) memberitahu bahawa dia sudah menjumpai Na Ae-gyo.

Apabila dilihat pada episod akan datang, watak Na Ae-gyo menangis apabila ternampak anak kembarnya sekaligus menguatkan lagi teori bahawa dia adalah Shim Su-ryeon sebenarnya.

Fuhh! Dahsyat betul plot twist yang dicampakkan oleh “The Penthouse 2” kepada penonton. Korang rasa Lee Ji-ah bawa watak Na Ae-gyo ke Shim Su-ryeon? Takpun selama ini dia sebenarnya ialah Na Ae-gyo yang berlakon sebagai Shim Su-ryeon dan kini kembali kepada identiti asalnya? Pening lahai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...