Muzik Video Solo Lisa BLACKPINK ‘LALISA’ Raih 10 Juta Tontonan Dalam 100 Minit Sahaja

lalisa lisa

Selepas Jennie dan Rose, sudah ramai yang teruja apabila Lisa dikhabarkan bakal menjadi ahli BLACKPINK seterusnya yang menjejaki dunia solo.

Berminggu-minggu memberikan teaser buat peminat, akhir muzik video ‘LALISA’ telah pun menemui semua pada jam 12 tengah hari tadi (waktu Malaysia).

Langsung tidak menghampakan apabila Lisa membuktikan bahawa dia berbakat dalam nyanyian rap dan tarian. Nampak hebat betul persona Lalisa!

Merupakan idola wanita paling popular kini, gadis itu membuktikan kepopularitiannya apabila muzik video tersebut meraih 10 juta tontonan dalam masa 100 minit sahaja selepas ia diriliskan.

Okay tak lagu Lisa ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply