Ikuti Kami:

Muzik Video iKON ‘Killing Me’ Cecah 200 Juta Penonton Di YouTube

Muzik Video iKON ‘Killing Me’ Cecah 200 Juta Penonton Di YouTube

Kumpulan popular iKON, dengan lagunya “Killing Me” telah mencecah 200 juta penonton di YouTube semalam, setelah dikeluarkan pada tahun 2018 yang lalu. Ini sekaligus mencatat sebagai muzik video kedua iKON yang merekod lebih 200 juta penonton, selepas “Love Scenario”.

Tagline #KILLINGME200M juga telah trending di Twitter semalam dengan ribuan tweet oleh peminat mereka!

“Killing Me” telah dikeluarkan sebagai judul lagu bagi album mini mereka iaitu “NEW KIDS: CONTINUE”, pada tahun 2018. U.S. Billboard juga pernah memuji dan menyatakan bahawa lagu ini merupakan sesuatu yang berbeza dengan muzik K-POP.

Ini adalah lagu yang akan melekat di kepala anda ketika vokal lembut  dan rap kasar yang akan menarik perhatian anda.

 

Ahli kumpulan iKON, Chan-woo iaitu ahli termuda kumpulan tersebut, turut berkongsi rasa gembira dengan pencapaian kumpulannya dengan memuat naik poster tersebut.

https://www.instagram.com/p/CUplDPTPvqZ/

Yun-hyeong juga turut gembira dan berterima kasih kepada peminat atas berita gembira ini.

iKON

Tahniah iKON dan iKONIC!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...