Ikuti Kami:

Musim Kedua Untuk ‘Hotel Del Luna’ Hanya Angan-Angan?

Musim Kedua Untuk ‘Hotel Del Luna’ Hanya Angan-Angan?

Walaupun sudah tamat tayangannya, ‘Hotel del Luna’ masih menjadi sebutan para peminat K-Drama. Drama ini berkisar tentang satu hotel mewah yang kelihatan usang di luar tapi sebenarnya sangat cantik di mata hantu yang berkeliaran.

Lakonan meyakinkan Yeo Jingoo dan IU berjaya menambat hati para penonton sehingga ramai yang mahukan musim kedua kerana tak puas dengan ‘ending’ ceritanya.

Dalam epilog drama ini pada penghujung episod akhir, satu hotel baru diperkenalkan iaitu ‘Hotel Blue Moon’. Lebih mendebarkan apabila penonton disajikan dengan penampilan istimewa daripada pelakon lelaki, Kim Soohyun sebagai pemilik hotel baru itu.

kimsoohyun

Menerusi dialog terakhirnya “The moon has risen. Let’s open up the business.“, ramai yang merasakan ‘Hotel Blue Moon’ merupakan permulaan kepada musim kedua ‘Hotel del Luna’ dan Kim Soohyun merupakan teraju utamanya.

Walaubagaimanapun apabila ditanya tentang kemungkinan untuk musim kedua bagi drama popular ini, saluran televisyen TVN telah menidakkan berita tersebut. “Tiada apa yang dibincangkan lagi mengenai kemungkinan musim kedua.”

Drama ‘Hotel del Luna’ merupakan naskhah dengan rating tertinggi untuk tahun ini bagi saluran TVN. Semua peminat tegar drama ini memang sangat berharap agar ada musim kedua!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...