Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Hospital Playlist’ Bakal Mula Tayangan Awal Jun Ini?

Musim Kedua ‘Hospital Playlist’ Bakal Mula Tayangan Awal Jun Ini?

Rasanya ramai yang dah ternantikan musim kedua “Hospital Playlist” kan?

Khabarnya, drama kehidupan kakitangan di hospital itu akan kembali menyapa penonton pada Jun nanti. Serius lah?

Meskipun pada asalnya, musim kedua drama lakonan Jo Jung-suk, Kim Dae-myung, Jung Kyung-ho, Yoo Yeon-seok dan Jeon Mi-do ini dikatakan akan memulakan tayangan pada Mei ini namun disebabkan oleh situasi pendemik COVID-19 yang masih lagi tidak pulih, ianya ditunda.

sebab perlu tonton hospital playlist

Menurut sumber daripada drama itu,

Saya tidak mengesahkannya lagi tapi dikhabarkan ia akan memulakan tayangan pada minggu pertama Jun nanti. Penggambaran juga ditangguhkan namun separuh kedua skrip sedang disiapkan walaupun dalam jangka masa yang perlahan. Secara keseluruhannya, ia bergerak agak perlahan. Tapi ianya bukan masalah yang besar memandangkan itu ialah gaya dan kelajuan ‘Hospital Playlist’.

Ditayangkan pada setiap Khamis sahaja pada musim pertama, namun masih belum dapat disahkan bilakah slot tayangan kesinambungan siri popular itu.

Dah rindu belum skuad ’99?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...