Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Hellbound’ Disambung Dalam Webtoon, Tiada Perancangan Buat Drama Lagi

Musim Kedua ‘Hellbound’ Disambung Dalam Webtoon, Tiada Perancangan Buat Drama Lagi

Berakhir tergantung dan meninggalkan pelbagai persoalan, sudah pasti ramai menantikan sambungan “Hellbound” betul tak?

Umum mengetahui bahawa pengarah Yeon Sang-ho merupakan pencipta asal webtoon “Hellbound”, malah dia juga bertanggungjawab mengarahkan siri itu di Netflix.

Dalam sebuah temubual, pengarah Yeon Sang-ho menjawab mengenainya,

Dari pertama kali ‘Hellbound’ dihasilkan, saya berfikir banyak mengenai pelbagai cerita yang boleh berlaku disebabkan oleh situasi tertentu dengan penulis Choi Gyu-seok. Bukannya hanya menulis satu kisah sahaja, kami mempunyai idea untuk banyak kisah yang mungkin berbangkit.

kim shinrok hellbound

Mengenai musim kedua pula,

Bukanlah musim kedua namun saya dan penulis Choi Kyu-seok sudah pun menggarap kisah baru bagi sambungan bagi apa yang terjadi ini sejak musim panas lalu. Kami membuat keputusan untuk menceritakan kisah itu menerusi webtoon. Ianya mungkin keluar separuh kedua 2022. Tiada lagi perancangan spesifik dalam bentuk filem.

Malah pengarah itu mendedahkan bahawa ending “Hellbound” yang ditetapkan buat dramanya adalah tidak sama dengan webtoon memandangkan mereka memilihnya sebelum ia habis ditulis lagi. Bukan sengaja, namun ianya dibuat secara strategik dengan tidak memasukkan apa yang di dalam webtoon ke dalam siri berkenaan.

Nampaknya macam lama lagi sahaja nak tunggu sambungan “Hellbound”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...