Ikuti Kami:

“Mungkin Bawa Masuk Ahli Baru..” – PD ‘Running Man’ Dedah Arah Tuju Lepas Pengunduran Lee Kwangsoo

“Mungkin Bawa Masuk Ahli Baru..” – PD ‘Running Man’ Dedah Arah Tuju Lepas Pengunduran Lee Kwangsoo

Tinggal lagi 2 tayangan sebelum kita disapa dengan epsiod terakhir Lee Kwang-soo bersama “Running Man”.

Disebabkan oleh pelbagai khabar angin yang mengatakan bahawa program itu akan membawa masuk ahli baru nanti, pengarah produksinya iaitu Choi Bo-pil telah tampil menjalani temubual bersama media baru-baru ini.

Apabila ditanya mengenai arah pengarahannya selepas Lee Kwang-soo keluar, Choi Bo-pil mengatakan bahawa tiada perubahan ketara yang akan berlaku,

Pengunduran dirinya bukanlah sesuatu yang tiba-tiba berlaku. Jadi, kami tidak akan mengubah sifat program ini ataupun apa-apa berkaitan dengannya.

Ada yang menganggap bahawa kami akan membawa tetamu dengan lebih banyak, namun itu bukanlah sesuatu yang akan dilakukan buat masa ini.

lee kwangsoo running man

Choi Bo-pil juga ditanya sama ada dia akan mencari pengganti Lee Kwang-soo yang baru,

Kami akan melihat keadaan dahulu namun kami bercadang untuk kekal dengan 7 orang ahli buat masa ini.

Kami bercadang untuk memaparkan keserasian yang lebih baik di antara ahli asal ini. Kami mungkin akan membawa masuk ahli baru pada masa hadapan, tapi bukan sekarang.

Benar kata Choi Bo-pil, apa yang penting ialah keserasian ahli asal. Betul tak?

Apa pun Lee Kwang-soo pasti akan dirindui?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...