Tak puas betul 8 episod sahaja, sebab itu ramai yang ‘demand’ “The Witch’s Diner” dipanjangkan lagi tayangannya.
Terbaru, penulis drama itu iaitu Lee Young-sook telah berkongsi cerita mengenainya dan kemungkinan musim kedua.
Katanya,
Bermula daripada awal siri ini, Hee-ra (Song Ji-hyo) dan Mr. Oh (Ha Do-kwon) dipaparkan sebagai kenalan rapat. Kita tak pernah lihat fasa kekok mereka. Jikalau benar ada musim kedua dan saya dipilih untuk menulisnya, saya berasa seronok jika Jin (Nam Ji-hyun) dan Gil-yong (Chae Jong-hyeop) bekerja sebagai ahli sihir dan penyokong amatur. Hee-ra akan tampil membantu manakala Mr. Oh pula bertanggungjawab untuk mengemaskan sekiranya ada kesilapan berlaku. Atau mungkin ada penjahat yang mahu bertentang dengan Hee-ra.
Walaubagaimanapun, ia hanyalah imaginasi Lee Young-sook sekiranya musim kedua benar-benar berlaku. Namun buat masa ini, tiada apa yang disahkan lagi.
Not bad juga kalau plot musim kedua “The Witch’s Diner” macam ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.