Sudah hampir sebulan, mendiang Sulli telah pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya. Walaupun menerima sokongan daripada orang ramai tetapi gadis itu sepertinya mahu menamatkan semuanya dan nekad membunuh dirinya sendiri. Rata-rata rakan selebriti dan peminat melahirkan rasa sedih dengan pemergiannya itu.
Sesiapa yang meminati Sulli pasti mengetahui bahawa gadis itu ada membela seekor kucing Sphynx. Gadis berusia 25 tahun itu sangat menyayangi kucing tersebut dan sering memuat naik gambar bermain manja dengannya. Kini, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjaga kucing itu setelah kematian gadis itu.
Persoalan peminat terjawab apabila seekor kucing Sphynx mirip seperti haiwan belaan Sulli itu kelihatan dalam siaran langsung Youtube seorang lagi selebriti lain iaitu Heechul (Super Junior). Siaran itu diadakan oleh idola lelaki itu bagi berinteraksi dengan peminatnya kerana ia adalah ulang tahun kumpulan Super Junior yang ke-14. Walaubagaimanapun, rata-rata yang menonton siaran langsung itu terkejut apabila seekor kucing Sphynx tiba-tiba muncul dan kemudiannya didakap erat oleh lelaki itu.
seem he took the cat with him or he temporary take care of it until he find a good owner (since he not said anything about it yet)
If this really sulli cat, somehow this sphinx cat who used heechul think as rat is suit him. I hope he is the new owner
— ° ☾ °☆ *୨୧