Ji-ho bekas ahli Oh My Girl, kini bakal bergerak dengan satu nafas baru dan menggunakan nama Gong Ji-ho. Kenapa eh tukar nama?
Terbaru, agensi bekas ahli Oh My Girl itu iaitu, P&Studio berkongsi bahawa,
Kami sudah menandatangani satu kontrak eksklusif bersama Ji-ho, bekas ahli Oh My Girl.
Agensi itu turut menyambung,
Ji-ho bakal memulakan karier lakonan dengan nama baru sebagai promosi iaitu Gong Ji-ho. Kami juga berjanji akan menyokong Gong Ji-ho sepenuhnya supaya dia dapat mempamerkan bakat lakonannya dengan baik dan mengasah bakat lakonannya.
Dalam pada itu, Ji-ho turut mengundur diri daripada kumpulan Oh My Girl setelah dia menghentikan kerjasamanya bersama agensi, WM Entertainment pada April tahun ini.
Wah, nak jadi pelakon dah sekarang… panggil dia Gong Ji-ho okey lepasni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.