Ikuti Kami:

Mula Penggambaran, Peminat Syok Lihat Gandingan Ji Changwook & Kim Jiwon Dalam ‘City’s Couple Way Of Love’

Mula Penggambaran, Peminat Syok Lihat Gandingan Ji Changwook & Kim Jiwon Dalam ‘City’s Couple Way Of Love’

Pastinya ramai yang teruja apabila mendapat tahu bahawa Ji Chang-wook dan Kim Ji-won dikhabarkan bakal bergandingan satu drama baru. Semua itu bukan lagi khabar angin kerana mereka berdua sudah pun disahkan untuk drama terbitan KakaoTV itu.

“City Couple’s Way Of Love” menceritakan kisah cinta di dalam bandar urban yang kompleks. Ji Chang-wook akan membawa watak Park Jae-won iaitu seorang arkitek yang ghairah dan jujur. Dia suka berjalan di lorong kecil dalam bandar dan mengumpul pelbagai benda. Lelaki itu juga tidak pernah melupakan wanita yang mencuri hatinya dan kemudiannya menghilangkan diri.

kim jiwon dan ji changwook

Lee Eun-oh (Kim Ji-won) ialah seorang pemasar yang bekerja sendiri. Dia sering berjalan ke merata tempat tanpa sebarang rancangan. Semasa sedang bercuti, wanita itu berjumpa dengan Park Jae-won di tempat yang pelik. Dia kemudiannya menukar identiti sebagai Yoon Sun-ah dan berlagak seperti mempunyai jiwa yang bebas walhal ia adalah berlainan dengan dirinya yang sebenar. Dia kemudiannya jatuh cinta dengan lelaki itu.

Drama berdurasi pendek ini bakal mempunyai 12 episod sahaja di mana setiap daripadanya hanyalah 25 minit panjangnya. Bahkan, ia dikhabarkan mungkin akan dihasilkan dalam format bermusim. Selain itu, “City Couple’s Way Of Love” akan memulakan penggambaran pada Oktober ini dan akan memulakan tayangan pada November nanti di KakaoTV.

Yang paling mengujakan apabila peminat dapat merakamkan gambar kedua pelakon itu sedang menjalani penggambaran drama “City Couple’s Way Of Love” tersebut.

city's couple ways of love

Mungkin juga kerana drama ini bakal ditayangkan pada tahun ini juga, sebab itu Kim Ji-won dan Ji Chang-wook sudah pun memulakan penggambaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...