Ikuti Kami:

Mula Berlakon Pada Tahun 2017, Ini Senarai Naskah Yang Dibintangi Han Sohee

Mula Berlakon Pada Tahun 2017, Ini Senarai Naskah Yang Dibintangi Han Sohee

Korang kenal tak seorang pelakon wanita Korea bernama Han So-hee? Dan korang tahu tak drama apa yang dia pernah berlakon dulu sebelum dirinya dikenali ramai?

Kalau nak tahu drama apa yang pernah dibintangi Han So-hee, jom KimchiDaily kongsikan untuk korang yang meminati pelakon itu!

Seperti yang kita tahu, Han So-hee semakin dikenali ramai menerusi sebuah drama popular “The World of the Married” yang menjadi perbualan penonton pada tahun 2020. Tetapi, ramai tidak tahu sebenarnya pembabitan dia dalam industri ini telah bermula sejak tahun 2017. Antaranya:

1. Reunited Worlds

han sohee into the world

Drama “Reunited worlds” merupakan drama pertama buat Han So-hee sebagai seorang pelakon. Dia memegang watak sebagai Lee Seo-woo yang merupakan tunang kepada Sung Young-joon.

Menurut kru produksi yang berada di tempat penggambaran, walaupun ianya drama pertama Han So-hee, pelakon itu menerima banyak pujian yang menyatakan lakonannya nampak bersahaja.

Meskipun peranannya dalam drama ini hanyalah watak biasa, namun ini merupakan batu loncatan buat dirinya.

2. Money Flower

han sohee money flower

Pada penghujung tahun 2017, pelakon ini mendapat banyak tawaran lakonan. Antara drama dibintanginya adalah “Money Flower” yang telah ditayangkan pada 17 November 2017. Dalam drama ini, dia memegang watak sebagai Yoon Seo-won yang merupakan seorang pekerja di Kumpulan Cheong-A dan mempunyai hubungan sulit dengan Jang Boon-cheon (Lakonan Jang Seung-jo).

Sama juga seperti dramanya yang pertama, dia hanyalah watak sampingan tetapi mempunyai karisma tersendiri.

3. 100 Days My Prince

han sohee 100 days my prince

Drama seterusnya adalah “100 Days My Prince” yang ditayangkan pada 10 September 2018. Dalam drama itu, Han So-hee memegang watak sebagai puteri mahkota bernama Kim So-hye.

Wataknya dalam drama ini merupakan seorang penjahat yang mengancam kedudukan putera mahkota Lee Yul dan ianya mendapat perhatian penonton kerana watak puteri mahkota itu terkorban akibat kuasa bapanya.

Sedikit info untuk korang, drama “100 Days My Prince” merupakan drama pertama Han So-hee dalam genre bersejarah.

4. After The Rain

han sohee after the rain

Selain dari berlakon drama, dia juga melibatkan dirinya dalam telemovie bertajuk “After The Rain” yang ditayangkan pada 26 September 2018. Dalam telemovie itu, dia memainkan watak sebagai Soo-jin yang merupakan bekas kekasih kepada Kim Kang-woo. Bagaimanapun, dia sangat membenci bapa bekas kekasihnya disebabkan satu rahsia yang tersembunyi.

Tambahan pula, telemovie ini juga menjadi sebutan ramai ketika itu.

5. Abyss

han sohee abyss

Korang pernah dengar tak drama yang bertajuk “Abyss”?

Han So-hee juga pernah membintangi drama tersebut pada tahun 2019 memegang watak sebagai Jang Hee-jin. Watak ini merupakan anak tiri kepada seorang pembunuh bersiri iaitu Oh Yeong-cheol.

Sebagai info, watak Jang Hee-jin ini juga merupakan bekas tunang kepada Cha-min yang dilakonkan oleh Ahn Hyo-seop.

6. The World of the Married 

han sohee the world of married

Masuk saja tahun 2020, kita disajikan dengan drama Han So-hee yang menjadi perbualan hangat iaitu “The World of the Married”.

Drama ini menerima sambutan hebat kerana watak yang dimainkan berjaya menarik perhatian penonton. Kalau korang nak tahu, Han So-hee memegang watak sebagai Yeo Da-kyung iaitu kekasih gelap kepada Lee Tae-oh, suami kepada Ji Sun-woo.

Disebabkan drama inilah, popularitinya meningkat naik secara mendadak oleh kerana lakonannya berjaya meninggalkan impak buat penonton.

7. Nevertheless

nevertheless han sohee

Walaupun dilanda pelbagai gosip selepas drama “The World of the Married”, Han So-hee kembali dengan lakonannya dalam sebuah drama bertajuk “Nevertheless” setahun selepas itu.

Pelakon itu ditawarkan menjadi watak heroin kepada Park Jae-eon yang diterajui oleh Song Kang. Dia membawa watak sebagai Yoo Na-bi yang pada mulanya putus cinta dengan kekasih lamanya dan tidak mahu lagi bercinta tetapi selepas bertemu dengan Park Jae-eon, perasaannya mula terjalin.

Namun, drama ini turut menjadi perbincangan dalam media sosial disebabkan penceritaannya yang agak toxic.

8. My Name

my name han sohee

Sebaik sahaja tamat drama “Nevertheless”, dia ditawarkan untuk berlakon dalam drama pendek bertajuk ”My Name” yang ditayangkan pada tahun 2018.

Dia diberi watak utama sebagai Yoo Ji-woo atau dikenali sebagai Oh Hye-jin dimana dia mencari pembunuh yang membunuh bapanya dan ingin membalas dendam.

Malah, drama ini juga menjadi perbualan hangat di media sosial kerana watak yang diberikan itu agak berbeza dari drama sebelum ini.

9. Soundtrack #1

han sohee soundtrack #1

Pada 23 Mac 2022, Han So-hee telah berlakon dalam sebuah drama berjudul “Soundtrack #1” yang ditayangkan di Disney+.

Dalam drama ini, dia digandingkan dengan Park Hyung-sik dimana mereka berdua merupakan kawan baik hampir 20 tahun. Apabila dua sahabat lama ini akhirnya tinggal bersama selama dua minggu, mereka secara beransur-ansur mula menyedari perasaan mereka antara satu sama lain.

Meskipun drama ini hanya mendapat sambutan yang biasa sahaja, tetapi lakonan Han So-hee tetap menerima reaksi yang positif.

10. Gyeongseong Creature

Gyeongseong Creature

Disebabkan lakonan Han So-hee menjadi perhatian ramai, tahun ini juga dia akan berlakon bersama Park Seo-joon dalam sebuah drama thriller bertajuk “Gyeongseong Creature” yang bakal ditayangkan pada suku keempat tahun ini di Netflix.

Untuk maklumat korang, “Gyeongseong Creature” ini mengisahkan tentang makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

Seperti yang diketahui, Han So-hee sememangnya mempunyai impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh kerana usahanya itulah, akhirnya dia berjaya menjadi pelakon yang disegani ramai.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...