Ikuti Kami:

“Mudah Bangun Pagi” – Hilang 7KG Dalam 10 Hari, Ikuti Rutin & Resipi Diet Yoon Eunhye!

“Mudah Bangun Pagi” – Hilang 7KG Dalam 10 Hari, Ikuti Rutin & Resipi Diet Yoon Eunhye!

Sebagai seorang selebriti, Yoon Eun-hye pastinya mempunyai caranya yang tersendiri untuk menjaga penampilan diri.

Terbaru pada 6 Mei, Yoon Eun-hye telah memuat naik video baru bertajuk “Diet episod 2! Mendedahkan resipi diet 10 hari yang membantu anda menurunkan 7KG walaupun anda makan 3 kali” di saluran YouTubenya.

Dalam video itu, Yoon Eun-hye berubah menjadi seorang pengajar diet dan menyediakan makanan dietnya sendiri. Khususnya, pelakon wanita itu menekankan bahawa semasa diet, ianya penting untuk mengekalkan masa ‘perut kosong’, mengikuti rutin diet, minum 2 liter air, bersenam dan tidur yang cukup.

Pertama sekali selepas bangun bagi, Yoon Eun-hye akan minum probiotik dan air, kemudian membuat jus lobak merah. Untuk sarapan pagi, dia akan membuat nasi goreng kubis bunga, keto gimbap untuk makan tengahari dan salad untuk makan malam.

yoon eunhye diet

Seterusnya pada hari kedua, dia membuat bibimbap alpukat untuk sarapan pagi. Manakala untuk makan tengahari, wanita itu akan menikmati ubi keledek kecil serta setengah timun bersama tomato ceri dan makan malamnya adalah setengah burrito.

Apa yang membuatkan rutin diet ini lebih mudah dari resipi yang kebiasannya yang dikongsi, ianya adalah makanan yang bukan sahaja sayur-sayuran tetapi ada juga makanan jenis lain yang boleh semua orang nikmati meskipun sedang diet.

Untuk pengetahuan, orang yang mendapat bimbingan diet dari Yoon Eun-hye selama 10 hari telah berjaya menurunkan berat badan. Salah seorang daripada mereka telah turun sebanyak 7KG hanya dalam masa 10 hari sahaja. Hebat!

Antara komen yang diberi buat mereka yang berjaya diet dengan Yoon Eun-hye,

Lebih mudah untuk bangun pagi.

 

Saya benar-benar hilang ‘food coma’.

 

Saya rasa kurang mengantuk selepas makan.

Haa korang pun cuba rutin dan resipi diet Yoon Eun-hye ni tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...