Tak salah rasanya untuk katakan bahawa “Flower Of Evil” merupakan salah satu drama yang berjaya menggegarkan tahun 2020 walaupun tidak dikecohkan sangat sebelum tayangannya.
Sesiapa yang menonton drama ini, pastinya terkesima melihat kehebatan lakonan Lee Jun-ki sebagai seorang yang menghadapi kecelaruan anti-sosial selain mampu melakonkan babak aksi dengan lancar dan mendebarkan sekali.
Secara jujurnya, rata-rata penonton pastinya mengarahkan kehebatan tersebut kepada barisan pelakon seperti Lee Jun-ki, Moon Chae-won, Jang Hee-jin dan Seo Hyun-woo yang menjayakan drama tersebut.
Pun begitu, entri merendah diri Lee Jun-ki yang menyenaraikan setiap daripada nama kakitangan yang terlibat dalam “Flower Of Evil” nyata menyentuh perasaaan orang ramai. Malah lelaki itu turut memanggil mereka sebagai ‘Hero Flower Of Evil’.
Walaupun tindakannya itu nampak biasa sahaja tetapi penonton memuji sikap pelakon popular itu yang langsung tidak menerima ‘spotlight’ seorang diri dan menghargai jasa kakitangan yang ebrtungkus-lumus di belakang tabir dan tidak dapat dilihat oleh orang orang lain mengenai penat jerih mereka.
Saya sukakan personalitinya.
Rasa hormat terhadap dia sebagai pelakon dan manusia semakin meningkat!
Pelakon Korea paling merendah diri.
Kalau tengok rakaman disebalik tabir pun, Lee Jun-ki adalah seorang yang sangat baik hati. Bak orang Malaysia kata, bersopan santun.
Sweetnya dia!
Apalah sesuatu produksi drama itu tanpa pengorbanan para kakitangan produksinya kan? Tahniah kepada semua staf “Flower Of Evil” kerana berjaya menghasilkan sebuah drama yang hebat untuk tahun 2020 ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.