Ikuti Kami:

Muat Naik Gambar ‘Hint’ Penggunaan Dadah, Netizen Kecam G-Dragon BIG BANG

Muat Naik Gambar ‘Hint’ Penggunaan Dadah, Netizen Kecam G-Dragon BIG BANG

Industri hiburan di mana-mana negara pun sebenarnya tidaklah se’bersih’ yang anda sangkakan. Disebalik glamor dan kemewahan yang ditunjukkan, tiada siapa tahu apa yang terjadi di belakang tabirnya. Dadah, pelacuran dan pelbagai lagi pekara ‘kotor’ diselindung rapi daripada pengetahuan peminat. Namun begitu, selebriti sering diharap agar menunjukkan imej yang baik kerana risau peminat akan mengikut segala tabiat buruk yang ditayangkan.

Terbaru, G-Dragon iaitu ahli kumpulan BIG BANG yang boleh tahan aktif di laman Instagramnya telah memuat naik beberapa keping gambar mengenai karya seni. Walaubagaimanapun netizen nyata terkejut kerana lelaki itu sepertinya memberikan ‘hint’ penggunaan dadah dalam beberapa keping gambar tersebut. Gambar itu menggambarkan seseorang sedang mengambil Lysergic acid diethylamide (LSD) iaitu dadah jenis hallucinogen. 

g-dragon lsd

Selepas diselidik, gambar sebenar itu merupakan poster bertema ‘terlarang’ yang dianjurkan oleh Swiss Screen Printers Association. Deskripsi gambar itu pada membawa maksud ‘Jangan ambil ASID (ISD)”.

Namun begitu, rata-rata netizen menyelar G-Dragon kerana memuat naik gambar sedemikian yang dianggap tidak sensitif kerana pengikut Instagramnya terdiri daripada peminat daripada pelbagai peringkat umur. Seharusnya dia lebih berhati-hati agar tidak menyampaikan mesej yang salah kepada peminatnya.

g-dragon muat naik gambar seperti dadah

Tambahan pula, penyanyi itu pernah melalui siasatan polis atas kesalahan penggunaan ganja pada tahun 2011. Tetapi dia dilepaskan selepas bahan tersebut dikatakan di bawah paras sedikit dan tidak mempunyai kesan bahawa dia mengambilnya dengan kerap.

Dadah adalah sesuatu yang membahayakan. Jadi, elakkan diri daripadanya!

Sumber: Topstarnews

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...